Monday, December 13, 2010

:: 1437 ::

1437~ bab1

Nayli mengerling jam di tangan kirinya. Mana Faisal ni? Janji kul 10, sekarang dah pukul 10.30 malam dah. Orang semakin ramai membanjiri KLIA untuk ke destinasi masing-masing. Ada yang mahu ke destinasi luar Negara dan ada juga yang mahu ke destinasi dalam negeri. Bagi Nayli sendiri pulak dia mahu ke London melawat neneknya yang baru sembuh menjalani pembedahan jantung di The Heart Hospital, University College London Hospitals. Ummi dan walid sudahpun 2 hari berada di sana. Mereka berdua ke London terlebih dahulu kerana Nayli sedang menduduki final exam. Sebaik sahaja tamat ujian nya petang tadi, Nayli terus bergegas ke KLIA kerana jadual penerbangannya pukul 11.40 malam. ‘Mana la si Faisal ni’ Rungutnya lagi. Nayli mengambil keputusan untuk menunggu Faisal, di hadapan pintu masuk utama perlepasan luar negara. ‘Nanti senanglah mamat tu nak tengok aku’ Bisiknya. Faisal Shakirin, abang Nayli yang sulung. Mereka mempunyai dua orang adik kembar. Nayli merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Faisal yang sulung, Faris Ajmal yang kedua dan dua orang adik kembar, Zarith Sufian dan Zhafran Solihin. Faisal tidak dapat ke London kerana dia perlu ke Taiwan atas urusan kerjanya sebagai seorang doctor. Dia ke sana untuk menyiasat kes deman malaria yang semakin kuat melanda negara itu. Manakala Faris, Zarith dan Zhafran sudah pun berada di London. Mereka bertiga pergi bersama-sama dengan Ummi dan walid. Nenek hanya ada dua orang anak iaitu walid dan auntie Shazreen, adik kepada walid. Pembedahan itu amat penting untuk nenek. Kira-kira sudah lebih dua bulan walid berada di sana menemani nenek mendapat rawatan sebelum pembedahan tersebut. Ummi pun ikut sekali. Setia menemani walid. Cuma 2 minggu sebelum nenek dibedah, walid terpaksa pulang untuk menjenguk syarikatnya. Semasa ketiadaan Walid, auntie Shazreen yang mengambil alih menjaga nenek di sana. Nenek sudah lama menghidap penyakit jantung. Setelah dipujuk oleh walid, nenek setuju untuk mendapatkan rawatan di luar negara. Nenek pernah membantah. Nenek cakap buat apa pergi negara orang negara sendiri kan ada. Setelah puas diterangkan oleh walid, barulah nenek nak pergi. Nayli pernah juga tanya walid kenapa tak buat kat Malaysia. Walid cakap ini doctor nenek sendiri yang sarankan kerana di Malaysia belum ada lagi kepakaran jantung untuk kes pesakit macam nenek. Doktor nenek tak nak menanggung risiko sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini. Sedang Raina duk sibuk mahu menghubungi Faisal, dia tiba-tiba dilanggar oleh seseorang dengan agak kuat. Bukan itu sahaja, dadanya terasa panas. Cecair panas yang berbau kopi itu membasahi baju putihnya.

“damn!” terpacul perkataan itu dari mulut Nayli.

Dia lantas mencari tisu di dalam begnya. Nayli mengelap dengan cepat sisa simbahan air kopi itu. Takut-takut bila sudah kering kesannya  makin susah nak hilang.

“sori, sori..alamak macam mana ni?” lelaki itu bersuara meminta maaf. Kedengaran dia mengadu dengan teman di sebelahnya.

“wait! let me guess..you tak nampak?” balas Nayli seraya mengangkat muka memandang lelaki tersebut.

Kening kanannya diangkat. Dia bengang. Itu adalah dress kegemarannya. Lelaki tersebut kelihatan lengkap berpakaian seragam. Pakaian seragam apa dia tak pasti. Dia tak sempat nak selidik. Dah la air tu kopi panas. Adoiyai!

“look..saya memang tak perasan awak kat situ..i am really sorry..i’m in rush” terangnya jujur.
Nayli pandang lelaki tersebut tak berkedip. Bengang. Ikutkan hati nak je dia tengking lelaki itu. Nak cepat pun tengok kiri kanan la. Bebel Nayli dalam hati. Kawannya disebelah asyik melihat jam dan memberi hint pada lelaki tersebut supaya cepat. Nayli mendengus. Nayli berjalan melepasi lelaki itu untuk ke tandas. Baru dua langkah, dia pusing balik.

“watch my beg..i’m going to the ladies”